Monday, June 24, 2013

Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Drink


Apa itu garam buluh? Garam buluh merupakan sejenis garam yang digunakan sebagai supplement untuk pelbagai penyakit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat sekarang. Sebagai contoh penyakit darah tinggi, kencing manis, imunisasi rendah dan sebagainya antara penyakit yang boleh dipulihkan dengan meminum garam buluh.


Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya




KEBERKESANAN :

  • Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
  • Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
  • Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
  • Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
  • Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
  • Meningkatkan daya pemulihan badan.

CARA PENGAMBILAN :

Bancuhkan sebungkus Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Drink dengan 200ml air suam atau jus buah-buahan. Kacau dengan rata dan hidangkan.
**Disyorkan kpd pesakit darah tinggi utk mengambil 2 paket dlm sehari

# Bau garam buluh adalah bau semulajadi yang terhasil selepas pembakaran dengan buluh dalam proses pembuatannya. Ia tidak membahayakan badan manusia.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT / DEMO BOLEH HUBUNGI KAMI..
Read More

Monday, June 10, 2013

Pil Herba Maharani

Ramai wanita di luar sana yang alami masalah dalaman seperti keletihan, kelesuan, haid tidak teratur, kurang nafsu dan bermacam-macam lagi. Antara faktor yang menyebabkan terjadi nya masalah dalaman itu adalah kurang nya vitamin tambahan dalam badan. seperti yang diketahui umum, banyak supplement tambahan yang dijual di farmasi tapi harga yang agak mahal menyebabkan tidak ramai membeli bahan-bahan tambahan tersebut.


Di sini saya ingin memperkenalkan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan atau pil herba maharani. Maharani dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Maharani berasal dari dinasti Ming. Dipanggil Maharani sebab zaman dahulu digunakan oleh maharani di istana dan mengandungi lebih 20 jenis herba tradisional yang berharga. 


BAHAN UTAMA :

Pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis


KEBERKESANAN :

** Menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid dan mengawal keputihan.
**Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid.
**Menyelaras rembesan endokrin dan sistem pembiakan wanita.
**Menguatkan tenaga dan stamina.


ISI KANDUNGAN :

Setiap kotak mengandungi 6 bekas istimewa. Setiap satu bekas mempunyai 50 biji herba kecil berwarna hitam. 

IMPLIKASI DAN GOLONGAN SESUAI :

Adakah badan akan menjadi panas? Tidak. Disyorkan untuk kerap meminum air masak untuk membantu penyerapan herba. Lelaki dan perempuan sesuai.

CARA PENGAMBILAN : 

Diambil 1 bekas setiap hari, bermakna 50 biji untuk satu hari. Diambil bersama air suam. Sangat baik jika diambil sehari selepas hari terakhir period. **untuk permulaan boleh diambil 25 biji pagi dan 25 biji malam.

***Perhatian :
  • Ibu mengandung dilarang mengambil.
  • Dilarang mengambil makanan yang mentah dan sejuk dalam tempoh pengambilan ubat.
  • Tidak sesuai diambil ketika selsema.
  • Mereka yang mengalami haid berlebihan harus merujuk kepada doktor.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada kami. Hubungi wani dan rahman untuk pek percubaan.

Read More

Sunday, June 9, 2013

BBplus Collagen


Zaman sekarang ni ramai yang menggunakan kolagen untuk kecantikan. Kekurangan kolagen menyebabkan proses penuaan lebih cepat berlaku dan menyebabkan kedutan pada kulit. Kolagen juga penting untuk sendi dengan berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan.


Dengan ini saya memperkenalkan BBplus collagen. BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Ramuan yang terdapat dalam kolagen ini ialah  kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal, dan inulin. Jus blackcurrent, estrak biji anggur, vitamin C dan jus roselle membantu dalam perlindungan antioksida tambahan. Manakala serat epal dan inulin dapat meningkatkan kualiti kulit.



CARA PENGAMBILAN : 
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.


**Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.   

7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab  
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari



**Untuk keterangan lebih lanjut atau pek percubaan boleh hubungi kami. 
Read More

Saturday, June 8, 2013

Premium Beautiful


Hari ini nak bercerita mengenai set kecantikan PREMIUM BEAUTIFUL (PB).. Mungkin ramai dah tahu apa itu PB tapi tak semua orang dah mencubanya.. Ramai yang tidak menyedari bahawa faktor kerja boleh menganggu bentuk tubuh badan.. Sebagai contoh sesiapa yang bekerja dan memerlukan orang itu untuk duduk sehingga beberapa jam akan menyebabkan sakit belakang.. Apabila dibiarkan sahaja maslah ini akan berlarutan dan mungkin akan memberi kesan pada tulang belakang.. Sebab itulah adanya produk PB ini untuk membantu memberikan kedudukan terbaik untuk badan kita..



 PB terbahagi kepada 3 bahagian.. Pada yang tidak tahu SHORT BRASSIERE atau bra ada juga dikeluarkan.. Tapi saya syorkan untuk memakai LONG BRASSIERE untuk keselesaan.. 


Kelebihan Premium Beautiful



Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga badan dan tulang belakang sambil membentuk badan.. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami...


Read More

Wednesday, May 15, 2013

marine essence beauty bar


Marine Essence atau sabun garam buluh
Dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

sabun ini dapat memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.sangat best bila guna sabun ni,rasa seperti berada di SPA..
Bahan-bahan Merine Essence
Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.


ha!! tadi aku cita pasal sedikit sebanyak pasal sabun ini,sabun ni memang best sebab aku dah guna...wangi dan lembut untuk kulit.
satu lagi sabun ni dapat merawat masalah kulit korang  cotohnya macam kalau kulit korang ada gatal-gatal ke,benda ni sangat elok,lagi satu aku rasa benda ni xda la mahal sangat jika nak di bandingkan dengan kemampuan dan prestasi cemerlang sabun ni..mari kita tengok sikit testimoni yang dah guna sabun ni..



ini lagi 1 testimoni yang guna sabun ni.orang yang pernah guna sabun ni diorg panggil sabun putih ketiak..hehe..

so bagi sapa-sapa yang nak tau pasal sabun ni or nak beli ke boleh la contact aku di number yang tertera di LCD screen anda tu..:P

Rahman : 0194176198

HARGA:

RM100/box (3 ketul) (free postage)
RM35/seketul

Read More

Sunday, May 5, 2013

Premium Beautiful Natural Wash


Apa itu PB natural wash?

Premium Beautiful Natural Wash khas untuk cucian Premium Beautiful Foundation Lingerie dan turut sesuai untuk pakaian-pakaian yang eksklusif dan sesuai digunakan untuk mencuci BVSM. Ia terdiri daripada sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. Ianya lembut pada tangan, selamat digunakan, tidak meninggalkan kesan sisa dan mesra alam.





antara ciri-ciri utama
  • difomulasikan daripada ekstrak tumbuhan terpilih dan vitamin-vitamin
  • sesuai untuk cucian pakaiain eklusif dan BVSM
  • pakaian menjadi lebih bersih ,lembut dan harum
  • haruman bunga-bungaan dapat menghilangkan bau yang tidak menyenangkan
  • pakaian tidak akan mengecut ,meregang dan tidak luntur warna
  • melindungi tangan anda dan selamat digunakan


Cara mencuci pakaian eksklusif atau BVSM

  1. Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh. Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.
  2. Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor selama 15 minit.
  3. Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih. (Jangan perah dengan tangan).
  4. Perah pakaian dalam anda dengan gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut. Kemaskan bentuk pakaian dalam kepada bentuk asal.
  5. Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Jangan seterika pakaian dalam anda. Simpan dengan kemas apabila ia kering.





Read More

Saturday, May 4, 2013

Bio Velocity Sleep Mate(BVSM)



Tidur Yang Berkualiti


Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur.Oleh itu, tidur atau rehat yang berkualiti adalah penting untuk kehidupan harian kita yang mencabar. Ia  penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan aktiviti harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti? Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas bangun  sepanjang hari.

Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan   ke atas kecederaan sel dan penyakit-penyakit akan dijalankan.Aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses membuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita bangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.



BV Sleep Mate

Bio Velocity adalah 1 teknologi baru yang berjaya ditemui oleh sekumpulan saintis yang menjalankan kajian selama 20 tahun dimana ia dimanfaatkan daripada cahaya matahari pagi(waktu duha).Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.




Antara fungsi lain BVSM ialah


1. Meningkatkan metabolism

2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel

3. Menggalakkan peredaran darah

4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun

5. Meningkatkan tahap medan tenaga

6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan

7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan

8. Bersemangat dan bertenaga

9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi

10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal

11. Melegakan kepenatan dan kesakitan

12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik

13. Menggalakkan fungsi jantung

14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti





 Cara Penjagaan BV Sleep Mate :

BV Sleep Mate boleh dicuci setahun sekali. Gunakan bahan pencuci kain yang berorganik (pelembut pakaian)untuk mencuci dengan tangan secara lembut dan keringkan di bawah matahari pagi di antara waktu 8-10 pagi.. Dicadangkan cuci di kawasan yang terkena kotoran sahaja.


Saiz BV Sleep Mate :

Tilam bersaiz Queen..Namun begitu,jarak kesan BV Sleep Mate boleh mengjangkaui sehingga jarak 3 kaki..


Rasai sendiri kehebatan produk semulajadi ini yang tidak  menggunakan cas elektrik,jed,batu atau sebarang alat lain untuk proses penghasilannya..Hubungi kami untuk mendapatkan produk terhangat di pasaran ini :


Read More